Mungkin
sebelum-sebelum ni aku jugak lalai tunai kewajipan, tapi aku harap permulaan
tahun baru nanti ianya akan sentiasa menjadi amalan.
Tahun 2014 yang
bakal menjelang, akan lebih penuh dengan cabaran. Mungkin dengan berzakat, kita
rasa hidup kita akan lebih berkat walaupun barang-barang semakin mahal serba
serbi.
Kehadiran 2014 ni
pasti mengajar kita supaya lebih berjimat cermat, almaklumlah nak jadi
traveller tegar. Aktiviti yang satu tu memang susah nak dilupakan. Yang lain-lain
tu aku rasa boleh lagi kot. Tengok movie, window shopping, makan luar, beli
barang-barang tak perlu.
Amacam ayat-ayat
awal aku tadi, mesti macam serius kan? Ada gaya ayat-ayat nasihat ustazah tak?
Sempat lagi kalau sesiapa rasa nak tunaikan zakat untuk tahun ni sebelum 2013
berakhir, sebab pejabat zakat dibuka sampai pukul 8 malam.
Nanti kalau dapat
claim tax korang jugak yang untung. Dari pi bayar tax, baiklah cover kat
zakat..Barulah tak rasa nak mengungkit kan..
“Sesungguhnya
zakat itu dapat memelihara keselamatan harta benda kita selain menyucikan hati”.
***Lepas ni marilah
kita rajin amalkan solat sunat Dhuha dan Surah Al-Waqiah (dalam 10 minit dah
boleh habis). Semoga dengan kedatangan dugaan ekonomi dalam tahun 2014 dapat
kita hadapi dengan hati terbuka dan kita dapat teruskan aktiviti travel kita.